MCMC Tangani 2,444 Laman Sesawang, Kandungan Unsur Pelacuran Sejak Januari 2022 – Fahmi

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dengan kerjasama penyedia platform seperti Meta, Telegram dan TikTok telah menangani 2,444 laman sesawang dan kandungan berunsur pelacuran sejak Januari 2022.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata jumlah itu melibatkan sekatan ke atas 279 laman sesawang, selain penurunan 2,165 kandungan berunsur pelacuran di pelbagai platform media sosial.

Beliau berkata penurunan kandungan yang tertinggi adalah melibatkan platform Facebook iaitu 46.84 peratus diikuti TikTok (30.44 peratus) dan Telegram (21.20 peratus).

“Tindakan penurunan kandungan media sosial dan sekatan laman sesawang dilakukan terhadap kandungan yang melanggar undang-undang berdasarkan permohonan rasmi agensi penguatkuasaan serta maklumat dan aduan orang ramai yang diterima MCMC.

“Namun keputusan muktamad penurunan kandungan tertakluk kepada pertimbangan penyedia perkhidmatan berdasarkan penilaian standard komuniti yang telah ditetapkan mereka,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Fahmi berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Bobbey Suan mengenai perancangan kerajaan dalam membanteras budaya ” dan apakah tindakan yang akan diambil terhadap pengendali akaun yang menawarkan aktiviti pelacuran dalam talian seperti di platform X dan Telegram.

Beliau berkata penguatkuasaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang diambil MCMC adalah tindakan sokongan kepada undang-undang sedia ada seperti Seksyen 372A, 372B dan 373 Kanun Keseksaan (Akta 574) di bawah bidang kuasa polis bagi menangani aktiviti pelacuran dalam talian atau

Share this article