Lebih 1,000 Murid Di Sarawak Ikuti Program STEM Catalyst

KUCHING, 6 Dis (Bernama) — Lebih 1,000 murid mengambil bahagian dalam Program Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Catalyst (Sistem Hidrogen dan Digital) yang bertujuan mendidik, memberi inspirasi dan meningkatkan minat pelajar dalam bidang STEM.

Penganjur program Sarawak Skills dalam kenyataan memaklumkan program yang berlangsung dari 3 hingga 6 Dis itu melibatkan murid di tiga sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Merdang, Samarahan, SK Serian dan SK St Luke, Sri Aman.

Menurut Sarawak Skills, program anjuran bersama Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak itu bertujuan mencetuskan rasa ingin tahu, inovasi dan kerjasama dalam kalangan minda muda, khususnya membabitkan bidang teknologi hidrogen dan sistem digital.

Share this article